THE TRAVELOKA SALE-ABRATION

Thursday, March 16, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sedang mencari promosi untuk bercuti? Banyak pilihan tetapi tidak tahu mana satu yang terbaik? Mencari percutian dengan harga yang berpatutan? Tunggu apa lagi, Traveloka kini sedang mempromosikan The Traveloka Sale-Abration! Sebelum tu. Apa itu Traveloka? Mengapa perlu tempah dengan Traveloka? Apakah manfaat menggunakan Traveloka? Okay banyak question mark disitu. Disini aku akan cerita serba sedikit pengenalan Traveloka.



Apa itu Traveloka?
Traveloka adalah one-stop flight booking and hotel booking platform. Tidak kira sama ada destinasi domestik mahupun antarabangsa. Dimana di Traveloka, kita boleh membuat pencarian, tempahan dan juga menguruskan percutian kita yang seterusnya dengan mudah dan cepat!


Mengapa perlu tempah dengan Traveloka?
  • Kemudahan menyeluruh yang terbaik.
  • Harga yang terbaik dan kompetitif.
  • Tiada caj tersembunyi! Apa yang anda lihat itulah apa yang anda bayar.


Manfaat menggunakan Traveloka?
  • Transaksi dalam talian yang dijamin selamat. Keselamatan dan privasi transaksi dalam talian anda dilindungi oleh teknologi RapidSSL yang sah. Terima e-tiket atau baucar hotel secara terus dalam emel anda.
  • Hasil carian yang paling meluas. Perbandingan tiket penerbangan dan hotel murah tidak pernah semudah ini. Mudah dan jimat masa!
  • Khidmat pelanggan yang mesra dan 24/7. Perlu bantuan? Hubungi Traveloka pada bila-bila masa melalui emel, telefon atau perbualan langsung.
  • Urus tempahan atas talian. Log masuk untuk mengakses e-tiket/baucar hotel pada semua peranti anda, menerima tempahan atau membuat permintaan bayaran balik dalam talian.
  • My Kad, penempahan pantas dan pembayaran selamat. Jimat masa dengan mendaftar butiran kad anda sekali sahaja untuk tempahan akan datang. Jangan risau, maklumat kad anda dilindungi sepenuhnya untuk keselamatan data.

Okay menarikkan? Jadi tak perlu lagi korang semua ragu ragu dengan Traveloka kerana Traveloka adalah satu platform yang selamat dan dipercayai! Khas daripada Traveloka untuk anda, nikmatilah tawaran penerbangan untuk pelbagai destinasi - tak lupa juga tawaran hotel yang bakal buat anda rambang mata! Jom kita tengok apa yang lebih menarik lagi dengan The Traveloka Sale-Abration




TAWARAN EKSLUSIF PENERBANGAN
Apabila korang melakukan/membuat tempahan dari 10 hingga 30 Mac 2017 korang boleh terbang ke beberapa destinasi menarik seperti Bandar Ho Chi Minh, Jakarta, Bangkok, Shanghai dan banyak lagi dari SERENDAH RM39 SAHAJA. Sabar dulu bawak bertenang sebab ada lagi! Korang juga boleh dapatkan additional diskaun sebanyak 8% (worth RM40) bila korang gunakan kod kupon DEALFLY.


TAWARAN EKSLUSIF HOTEL
Untuk penginapan pula, ada POTONGAN SEHINGGA 79% untuk hotel hotel di Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Singapura, Jakarta, Bangkok dan banyak lagi! Nak lebih jimat? Guna kod kupon DEALSTAY untuk menikmati diskaun tambahan 15% sehingga RM50. So tempah dari 10 hingga 31 Mac 2017! Kini tak perlu lagi korang risau belanja terlalu banyak untuk penginapan!


Cara membuat pembayaran?
Jangan risau, dengan Traveloka mereka menggunakan kaedah pembayaran yang dipercayai!

  • Kad Kredit - Untuk transaksi dalam SGD, MYR, THB, VND atau USD, Traveloka menerima kad kredit Visa, MasterCard dan AMEX. Semua transaksi kad kredit melalui Traveloka dilindungi sepenuhnya oleh Lapisan Soket Selamat teknologi RapidSSL (Kumpulan Verisign). Anda akan menerima pengesahan serta-merta dan e-tiket melalui emel dalam maks. 60 minit selepas menjelaskan bayaran.
  • Perbankan Internet - Bagi transaksi dalam MYR, anda boleh membuat pembayaran yang selamat dan mudah melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih dengan CIMB Clicks, Maybank2u, PBE, Hong Leong Connect, RHB Now, Bank Islam, Affin Bank, Alliance Bank, AmBank, iRakyat, Bank Muamalat, OCBC Bank, Standard Chartered, dan United Overseas Bank.
  • Tunai di Kaunter - Bagi transaksi dalam MYR, anda boleh membuat pembayaran tunai yang selamat dan mudah melalui Seven Eleven.

Destinasi yang nak dituju tiada dalam senarai, jangan risau sebab pihak Traveloka telah berjanji akan menambah lebih banyak lagi destinasi destinasi percutian yang lebih menarik dengan harga serta promosi yang boleh buat korang jimat! Menarikkan? Jadi tunggu apa lagi. Cepat rancang perjalanan korang dengan penuh penjimatan sebelum promosi tamat! Boleh layari laman web rasmi Traveloka atau klik PAUTAN ini untuk akses lebih cepat!

Review : Berry Nice Enterprise | Start Repairing With Us

Tuesday, March 07, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Anda mempunyai smartphone yang rosak? Nak repair, tapi harga terlalu mahal dan memakan masa yang lama. Ayuh berkenalan dengan Berry Nice Enterprise ni, supaya semua masalah diatas SELESAI. Hahaha sorry for the bad intro. Okay lets make it short. Kenapa aku suggest Berry Nice Enterprise ni kepada korang semua?

Semalam aku berjaya menapak di kedai mereka di Setapak. Sebelum nak direct ke kedai mereka, aku suggest buat temu janji dengan salah seorang technician mereka dahulu. Durasi masa untuk repair bergantung kepada jenis kerosakan. Macam phone adik aku punya masalah screen crack. So makan masa dalam 1 ke 2 jam. Before pergi ke Berry Nice ni, aku ada survey harga repair screen crack di satu kedai di Shah Alam. Dia minta RM280. Tapi dekat Berry Nice cuma RM180 SAHAJA!


First impression aku, kedai dorang sangat bersih, teratur dan kemas. Senang cerita sedap mata memandang. Technician dorang pon quite ramah. Dorang akan explain tentang masalah phone korang and cara nak prevent dari masalah sama berulang. Kemudahan ruang menunggu juga disediakan. Bukan tu je, WIFI PERCUMA juga disediakan supaya korang tak kebosanan sementara menunggu telefon korang siap dibaiki. Nice kan? Macam nama dorang. 


Oh ya one more thing yang aku salute dengan technician dorang. Semalam lepas phone aku dah siap dorang baiki. Tiba tiba ada satu masalah lain. Microphone yang tangkap suara kita tu tak berfungsi. Aku kena tunggu dalam 1 jam or 2 jam lagi tak ingat, Tapi aku tak kisah sebab at least dorang sedaya upaya akan cuba selesaikan masalah tu. and yes semalam jugak semua masalah tu settle. Masa nak bayar, ingat ada additional charge, rupanya TAKDE. Aku cuma perlu bayar harga tukar screen crack sahaja. Siap ada warranty 1 bulan lagi. Awesome right? Hahaha.



Selain dari repair phone, Berry Nice juga ada jual custom casing untuk iphone. Dorang jugak ada jual phone phone terpakai yang dalam kondisi yang mantap mantap lagi. Boleh usha akaun instagram dorang. So kepada korang yang ada phone bermasalah tapi taktau dekat mana tempat terbaik dengan harga berbaloi baloi untuk hantar, boleh lah korang buat temu janji dengan technician Berry Nice and datang sendiri ke kedai mereka. Trusted and CONFIRM puas hati. Nahh boleh reach dorang through :


Instagram@itsberrynice
Website : ItsBerryNice
Contact Number : 03-40313111
Wechat/Line : itsberrynice
Operation Hours : Everyday 10:00AM to 7:00PM
Location : Diamond Square, Setapak (Atas Restoran Zaza)
Whatsapp : 011 3242 2222, 011 3242 4242, 011 1777 7750, 011 4154 4444

Oh yaa. If im not mistaken. For those yang jauh tapi nak repair dengan dorang. Korang boleh post phone korang pada dorang and dorang akan post semula pada korang once dah siap. Macam wow kan. Hahaha apa pon boleh whatsapp dorang for any futher question. XD
© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED