Perang Telco

Saturday, October 29, 2016


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Semenjak menjadi pengguna tegar postpaid since 2015, aku mula rajin update-kan diri aku ni dengan meng-usha telco mana yang da best offer postpaid plan mereka. Start dengan Celcom kemudian port out, tukar ke Umobile and at last tukar ke Digi. Tak tau lah kalau port sekali lagi mau kena ban number aku. Hahaha.


Secara peribadi, aku memang suka kan Umobile P70. Sebab apa? Masa tu Video Onz untuk P70 masih unlimited. So boleh tengok youtube tanpa sikit punya risau pasal quota pon. Gempak kan? Tapi lepas P98 diperkenalkan, Video Onz untuk P70 tak lagi unlimited, dah di quota ke 7gb sahaja. But, still not bad kan? Tapi kenapa aku tukar? Sebab coverage dekat rumah tiba tiba jadi sangat tak okay. Hahaha.


So currently aku pengguna Digi Postpaid. Buat masa ni memang yes, Digi tak pernah lagi mengecewakan aku. Pergi mana mana steady line maintain 4G. Hehehe. So walaupun telco lain bagi macam macam promotion, so far aku tak rasa nak tukar lagi. So nahh kepada sesiapa ada plan nak tukar ke postpaid atau masih keliru, ini masa terbaik untuk korang pilih and buat keputusan baik baik.


Celcom



Umobile



Digi


Maxis.



Mana Maxis? Hahaha. Aku tak ambil cakna sangat pasal plan postpaid Maxis, sebab pada aku, plan postpaid dia mahal. Tunggu aku kaya raya dulu baru habiskan duit kat Maxis. Hahaha, Yes pon dia punya offer not bad. Tapi aku tak berminat sebab tak boleh nak kekalkan no. Plus, coverage dia aku masih taktau lagi macam mana dia punya condition. So tak berani nak amek risiko >.<.

Adios.

Throwback

Thursday, October 27, 2016






Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Niat asal taknak update dekat blog pasal konvokesyen, tapi bila teringat blog yang makin lama makin hambar, aku gagahkan diri untuk menaip juga walaupun tak panjang. 

Oh yaa, tadi ada semangat nak edit blog. Tengah edit situ edit sana edit sini, tiba tiba stuck. Lepas tu akhirnya aku tinggalkan jadi macam sekarang ni. Kalau rajin nanti, aku touch up lah lagi, Hahaha. Adios.


Sekian.

Activate New Maybank Card Using Maybank2U

Tuesday, October 18, 2016

Assalamualaikum



Disebabkan aku tak suka and memang jenis tak percaya pasal mesej mesej whatsapp macam ni. Makanya aku pon direct tanya ke akaun rasmi Maybank. Nak dapatkan jawapan yang sahih. So bila dah clear, baru aku tau yang tiada sebarang caj dikenakan macam dalam mesej tu cakap. Pfft.


Dan hasil dari baca blog orang baru aku tau yang maybank punya kad boleh tukar online sahaja. So tak perlu nak beratur panjang apa semua, Duduk goyang kaki sambil makan ais krim dah boleh mohon kad baru. And yang paling penting free ye penukaran hantar sampai ke rumah ni. Memang best. Hahaha. Cuma ambil masa lama sikit untuk sampai kat rumah. Aku apply bulan 1/10/2016. Harini 18/10/2016 baru surat tu selamat sampai ke dalam peti surat rumah aku.






Bila dah dapat kad, apa yang perlu kita buat? Aktif kan kad ni guna maybank2u kita. Bawah ni aku ada sediakan screenshot macam mana nak aktifkan bagi yang tak tahu.


1. Klik pada Card Management.


2. Klik pada ATM/Debit Card


3. Tekan pada Activate Now


 4. Masukkan 8 digit terakhir kad baru and request TAC.


5. Siap.


Kepada yang belum tukar boleh berbuat demikian secepat mungkin. Guna Maybank2u memang sangat mudah dan selamat. Maaf atas entry yang hambar serta entah apa apa. Sebab aku excited dah tukar kad baru tanpa perlu ke bank beratur panjang bagai >.<


Sekian.

Tiada Tajuk Yang Sesuai

Tuesday, October 11, 2016

Assalamualaikum

Peringatan! Ini entry tangkap muat. Mohon jangan baca kalau tidak mahu masa anda dibazirkan. 




Terima kasih Chatime sebab kasi hadiah birthday :* 06/10/16 aku kena teman kawan aku mai dari Perlis sebab dia ada interview dekat area Kepong. So aku jadikan alasan nak pergi tebus air free ni untuk keluar berjimba. Tapi rasa macam tak berbaloi kalau keluar sekadar pi tebus air ni and lepak gitu. So kami plan nak tengok wayang dekat Midvalley. Tak banyak cerita menarik haritu. Sepakat nak tengok cerita ni 





Okay lah. Dua dua puas hati walaupun pada awal macam nak taknak je tengok cerita ni. Kalau suruh rate, aku boleh kasi 7/10 kot? Kalau nak tau best tak best pi tengok sendiri. Makan dah, Wayang dah, Lepak pon dah. So plan nak balik. Tengah berdiri dalam train, aku ada dapat email. And cuba teka email apa?




KENAPA GSC MESTI HANTAR LEPAS AKU DAH HABIS TENGOK WAYANG. TT_____TT.
Masa tu agak kecewa sebab memasing duit tengah cukup cukup makan. Kemudian hadiah ni mai lambat sikit. Haiya, tapi takpe boleh simpan untuk Dr Strange. Okay sebenarnya aku takde hala tuju untuk entry ni. Apa yang highlight untuk dicerita dan apa motif aku bercerita. Aku sendiri taktau. Cuma aku rasa aku perlu update blog. So nahh.

Sekian.

#RoadToConvocation

Saturday, October 01, 2016

Assalamualaikum




Alhamdulillah. Usaha tiga tahun dapat lagi merasa konvo untuk kali kedua. Dan apa yang lebih seronok untuk konvo kali ni sebab akhirnya dapat guna dewan universiti sendiri. Hahaha sebelum ni dewan dalam renovation. So dah bertahun tahun konvokesyen diadakan dekat luar dari kawasan universiti. Dekat stadium tertutup lah, dewan konvensyen taman tamdun islam lah. Nasib baik tak pinjam dewan UMT ==' Woot woot bila tarikh konvo dah confirm, pengesahan kehadiran pon dah confimr, mula lah kena tempah penginapan, settle pasal jubah and orang lain mula busy dah mencari pakej gambar konvo murah murah. While me aku takde rasa nak bergambar pon. Nak amek scroll and balik. Kah kah kah.


Apa pun syukur alhamdulillah. Rasa macam tak percaya dah habis belajar as a Degree Holder. Sebelum ni masa sekolah, rasa macam diri ni mustahil je nak tempatkan diri masuk Universiti. Tapi siapa tahu, perancangan Allah tu tiada tandingannya sebab Dia tahu apa yang terbaik buat hamba hambanya. Cuma kita jangan pernah putsu asa. Doa, Usaha, Ikhlas dan Tawakal.


May Allah ease :D


© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED